
Pusat Akuatik Kebangsaan Beijing (water cube).
Pusat Akuatik Kebangsaan Beijing direka oleh PTW Architects, dan CSCEC International Design and Arup with structural Engineers Arup conceiving the structure.
Dibina bersebelahan dengan stadium kebangsaan Beijing (Bird's Nest), struktur ini berasaskan rangka keluli dengan teknologi yang asalnya untuk kegunaan angkasa lepas. Setiap rangka keluli tersebut mempunyai polimer seperti cermin air yang membenarkan kadar penembusan cahaya lebih baik daripada cermin biasa dan dipercayai dapat menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 30%.
'Water cube' mampu menampung sehingga 17,000 penonton pada acara air semasa sukan Olimpik Beijing nanti. Struktur mega ini dibina atas keluasan sehingga 65,000 kaki persegi.
Menurut sumber, water cube akan dijadikan pusat aktiviti riadah untuk kegunaan orang ramai selepas sukan olimpik nanti.

water cube: mampu menampung sehingga 17,000 penonton