This site hosted by Free.ProHosting.com
Google
:: laman utama :: teknosains@apesaje :: anda kini berada di sudut teknosains@apesaje
       
Ingin menambah pendapatan dengan melayari internet? klik gambar di bawah
 
 

Kembar bumi akan dijumpai tidak lama lagi !!

 

Kembar bumi akan dijumpai tidak lama lagi !!

Para astronomi yakin yang mereka akan menemui kembar kepada planet Bumi dalam waktu terdekat ini. Mereka yakin yang bahawa planet tersebut sedang 'bersembunyi' disebalik galaksi yang berdekatan.

Ini dikuatkan lagi dengan penemuan 3 planet super bumi yang bercirikan planet berbatu seperti bumi kita dan ketiga-tiganya berada dalam sistem bintang(seperti sistem suria) dan mengorbit sebuah bintang (seperti matahari). Malah dikatakan berdozen lagi dipercayai mempunyai ciri yang sama dengan bumi dan kini mengorbit pada bintang yang sama. Penemuan ini menguatkan keyakinan Alan Boss, dari Carnegie Institution of Washington dengan teori bahawa sesebuah sistem bintang mungkin mempunyai dua atau lebih planet batuan seperti bumi.

Sejarah pencarian planet luar sistem suria telah bermula seawal 1990-an dimana planet luar sistem suria pertama yang dijumpai dikesan mengorbit Pulsar 1275 dan seterusnya mengesan 300 lagi planet yang kebanyakannya sebuah planet gergasi gas panas dan mengorbit sangat hampir dengan bintangnya. Planet-planet mudah dijumpai kerana saiz yang besar dan terang. Dengan teknologi sekarang, teleskop mampu mengesan planet yang lebih kecil, malah lebih daripada bumi.

Mengesan planet di bintang yang lebih kecil..

David Charbonneau daripada Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics, Massachusetts mencadangkan bahawa pencarian planet-planet seperti bumi dilakukan terhadap sistem yang mempunyai bintang bersaiz kecil kerana dikatakan mempunyai potensi besar untuk menemui planet-planet batuan yang kecil didalam sistem tersebut.

Planet yang mempunyai kehidupan..

Setakat ini, para astronomi masih belum lagi menjumpai planet yang berada dalam zon menyokong kehidupan (seperti kedudukan bumi sekitar 150juta km dari matahari). Tetapi mereka tidak menolak kemungkin akan menjumpai planet didalam zon tersebut dan mempunyai kehidupan.

Persoalannya, terdapat berbillon galaksi yang setiap satunya mempunyai berjuta-juta sistem bintang. Dan didalam sesebuah sistem tersebut pasti ada planet yang mengelilingi bintang tersebut. Adakah satu daripada planet-planet tersebut menyerupai bumi? Ia umpama mencari sebutir pasir hitam dikalangan pasir-pasir putih di tepi pantai.

 

 

 

iklan penaja
 
  Lawati penaja kami..

 

 

   
 
  Tajuk tajuk menarik...

 

 

     
hak cipta terpelihara :: apesaje:: 2008 ::