
Tahun 2035: NASA memberi amaran malapetaka kepanasan global....
27 tahun lagi. Itulah tempoh yang telah diberikan oleh saintis NASA tentang amaran kemusnahan akibat kepanasan global. Menurut mereka, atmosfera bumi hanya mampu bertahan pada pelepasan karbon dioksida buatan manusia ini untuk 2-3 dekad lagi. Tanpa sebarang tindakan bagi mengatasi masalah ini, kepupusan spesis-spesis utama akan berlaku akibat kenaikan purata suhu dunia disamping kenaikan aras laut.
'Kita akan kepanasan jika tidak berbuat sesuatu'. kata James Hassen, Pengarah Goddard Institute of Space Sciences yang juga dikenali sebagai 'godfather' kepada sains kepanansan global. Beliau menambah bahawa ini adalah peluang terakhir untuk kita menyelamatkan bumi daripada menghadapi malapetaka dan tragedi akibat kepanasan global
Oleh itu, beliau menyarankan supaya tahap pembebasan karbon dioksida (faktor utama pemanasan global) dikurangkan dengan drastik. Antara langkah yang dicadangkan adalah dengan menutup loji janakuasa tenaga elekrik mengunakan arang di Amerika Syarikat menjelang 2025 dan seluruh menjelang 2030.
Penggunaan arang dikatakan antara faktor terbesar pembebasan karbon dioksida buatan manusia sekaligus mendorong kepada pembentukan fenomena rumah hijau. Ini diburukkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh National Oceanic and Atmospheric Administration iaitu tahun ini merupakan tahun yang mencatatkan suhu terpanas dalam tempoh 14 tahun, sesuatu yang sangat membimbangkan.
10 tahun lagi...
Hassen dan para saintis lain turut meramalkan bahawa perairan ais di sekitar Artik (kutub utara) akan cair sepenuhnya seawal musim panas tahun 2019.
Seorang penjuang alam sekitar di Amerika Syarikat Senator. James Inhofe menyelar sikap masyarakat negaranya yang tidak melakukan apa-apa pun untuk mengatasi masalah pemanasan global ini meskipun telah diberikan amaran sejak tahun 1988 lagi..